Rutin kehidupan harian bermula seawal jam 4,30 pagi. Di tempat kerja, jadual begitu padat...banyak benda yang x sempat nak dibuat. Syukur, alhamdulillah menjelang tengah hari semuanya beransur pulih....dapat juga meluang masa memeriksa timbuan buku-buku tulis anak murid.
Dalam kesibukan itu, sempat pula meluang masa membawa anak-anak berjalan sekali gus membeli hadiah hari jadi anak ke 3. Tidak lah mahal harga hadiah tu, tapi sekurang-kurangnya ia sudah memenuhi keinganan hatinya.
Setiba di rumah, kerja-kerja rumah sedia menanti...Maklum aje sepanjang hari berada di tempat kerja...Rutin harian yang sama dari Isnin hingga Khamis.
Ya, Allah, berilah aku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini dan permudahkanlah jalan yang aku lalui. Kasih sayangMu, membuat hati dan jiwa ini tenang,sabar dan redha kerana sesungguhnya, takdir adalah milik Mu sementara usaha dan doa adalah milik hambaMU yang serba kekurangan ini.



0 comments:
Post a Comment