BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 16, 2011

Kesilapan pemangkin kejayaan masa depan

Belajar melalui kesilapan

SANTAPAN MINDA Oleh DR. ISMAILZAIN

BELAJAR melalui kesilapan bukan bermakna anda perlu melakukan kesilapan ketika belajar. Ungkapan tersebut bermaksud setiap kesilapan yang dilakukan mampu memberi pengajaran, menginsafi ketelanjuran, menyedari kelemahan diri dan memberi ruang untuk membuat penambahbaikan.
Memberi pengajaran
Seseorang itu boleh belajar bukan sahaja daripada guru atau sumber lain tetapi daripada setiap kesilapannya. Sebagai contoh jika seorang murid melakukan kesilapan dalam latihan matematik, kesilapan tersebut dengan secara tidak langsung memberi pengajaran atau maklumat tentang jawapan atau kaedah yang sebenarnya yang harus dilakukan. Dengan cara ini dia sudahpun memperolehi pengetahuan baru.
Menginsafi ketelanjuran
Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ia boleh dijadikan alasan setiap kali kita melakukan kesilapan.
Setiap hukuman yang diterima akibat ketelanjuran yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, seperti melanggari peraturan atau garis panduan disiplin sekolah harus diinsafi, dijadikan iktibar serta bertekad untuk meninggalkannya.
Dalam hal ini keinsafan yang kita alami ini merupakan proses belajar yang mampu memberi bimbinga ke arah jalan yang benar.
Menyedari kelemahan
Kekuatan dan kelemahan sentiasa berada di diri kita. Seseorang yang kuat dari segi fizikal mungkin lemah dari segi mental atau kerohaniannya. Begitulah juga sebaliknya.
Oleh itu kesilapan yang dilakukan itu memberi isyarat kepada kita bahawa di samping kekuatan yang kita peroleh terdapat lagi banyak kelemahan yang perlu diatasi.
Dengan cara ini manusia belajar supaya dapat mengelakkan diri daripada sifat angkuh, riak atau sombong terhadap apa yang dimiliki.
Hal ini bukan bermakna kita tidak boleh bangga dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Kebanggaan mampu meningkatkan aras harga diri yang sekali gus menjadi faktor penggerak atau motivasi ke arah kejayaan.
Walau bagaimanpun kebanggaan ini seharusnya digandingi dengan kesyukuran. Kesyukuran mampu mengelakkan diri kita menjadi riak atau sombong. Kesyukuran mendekati diri kita kepada Allah dan menghargai setiap pemberianNya kepada kita serta mampu memupuk rasa bertimbang rasa kepada yang tiada. Inilah satu pengajaran yang amat besar pada diri kita.
Membuat penambahbaikan
Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ungkapan ini menunjukkan setiap hari kita perlu melakukan perubahan diri untuk menjadi cemerlang. Setiap kelemahan bukan berakhir dengan kekecewaan tetapi perlu membuat penambahbaikan untuk mencapai kejayaan.
Justeru, murid-murid tidak seharunya takut atau malu jika berlaku kesilapan ketika belajar. Anda harus mengkaji setiap kesilapan yang dilakukan dan seterusnya mengambil tindakan yang bijak untuk mengatasinya.
Ingat! setiap kesilapan memberi ruang dan peluang untuk anda membaikinya dan hasilnya kejayaan yang cemerlang menanti anda.

Thursday, February 10, 2011

Paperpot...

Dah seminggu x tulis apa2 kat sini..1. sbb CNY g jln2...2. line phone buat hal...x de sapa nak report...geramnya...ggrrrr!!! Bila dah okay rasa sebal masih tebal...
Hari ini blajar guna paperpot nak buat soalan exam...punyalah senang...kejap jer dah dapat siapkan 2 kertas soalan...tq kat Cik Peggy, En. Farhi dan Pn Mazlina...kalau x susah juga...maklumlah last minute tau minggu depan exam...
Ngantuk dan penat tul arie nie...dah la kelas banyak , kena tunggu anak plak abis main boling...kul 7 mlm baru sampai rumah...good night...bye..


Friday, February 4, 2011

Mak Oh Mak

Baru balik dari Klinik Mukmin di Temerloh , bw mak yg x brape sihat..kandungan gula agak tinggi ( 20 ), darah tinggi 180 - 30...tukar ubat..mudah2an cepat turun bacaan kandungan gula mak....kesian mak...nampak x sihat betul dua tiga arie nie...tp saja bawa bersama mak ke Pahang agar dia dpt bertukar angin...
Pas2, dlm dilema pulak...bila nak balik ke Seremban..Mak tinggal sorang kat rumah. So, bawa ajelah mak ke mana sahaja...bukan susah pun.. x jadi beban sekuman pun ...tak kan nak tinggalkan seorang kat rumah.. dulu2 , masa kita sakit @ x sihat, x pernah mak tinggalkan kita seorang diri, bila pergi jln2, mesti mak bawa kita bersama. Jadi sekarang giliran kita pula temankan mak tambah2 bila mak x sihat seperti sekarang ini. 
Mudah2an Allah swt memberi kekuatan fizikal dan mental kepada kita untuk menangani situasi ini, Insyaallah, Amin !!!

Thursday, February 3, 2011

Cuti Tahun Baru Cina

Sejak 2 hari lalu, dah pun bercuti sempena Tahun Baru Cina...Seronok betul...x sedar masa dah berlalu...hari nie dah berada di Temerloh, Pahang. Jalan raya x lah sesesak mana. Selamat sampai, alhamdulillah. Dah lama buat rancangan nak ke Pahang nie...akhirnya tercapai juga.. pemandangan sepanjang jalan yang menghijau, menyusuri Sungai Pahang yang keruh akibat banjir ( dah surut sikit paras airnya ) dan melihat kesan banjir di beberapa kampung dan jalan sepanjang perjalanan ini , menginsafkan diri tentang kuasa alam. Sempat juga ke pengkalan di mana Sungai Semantan mengalir masuk ke Sungai Pahang. Dah jauh sangat berubah sejak ditinggalkan 13 tahun yang lalu...